Tuesday, May 6, 2008

UMNO KENA JADI GENTLEMAN

Semenjak PRU Ke 13 UMNO telah menjadi sebuah parti yang poyoo. Mereka takut kepada bayang-bayang sendiri. Apa yang mereka anggap ubat untuk menjadi penawar kepada musibah yang telah terjadi rupanya adalah racun yang akan menjadikan mereka lebih parah. "Doktor-doktor" yang mereka lantik yang kononnya pakar dalam bidang mereka untuk mengubati barah yang ada pada UMNO seperti Mad Mat "Tyson" Taib, Md Nor Kutty , Nazri (Kalau Tak suka keluar) dll lagi sebenarnya adalah parasit yang akan menyedut apa yang mereka boleh dari UMNO untuk kehidupan mereka. Namun untuk menyelamatkan UMNO tidak sekali kerana mereka tahu UMNO ni parti orang lama, yang lebih tepat parti orang melayu lama yang penuh dengan hasad dengki, iri hati, tamak, hati kaldu. Kalau tidak percaya tentulah arwah Megat Junit tidak akan mengeluarkan buku "GETIK" nya untuk melambangkan apa yang ada dalam UMNO.
Didalam keadaan dunia sekarang ini yang lebih canggih UMNO perlu berubah. UMNO perlu dikeluarkan hati nya yang busuk dan hitam itu. Ahli-ahli UMNO perlu berani untuk perubahan. Ahli-ahli UMNO perlu tahu bahawa rakyat sekarang bukanlah bodoh dan bebal. Ahli-ahli UMNO kenalah memilih pemimpin yang Gentleman. Gentleman dalam erti kata seorang yang berhati terbuka, adil dan saksama, tidak takut dengan dugaan dan tentangan. Berani kerana benar takut kerana salah.
Rakyat sekarang ni bukanlah boleh diperkotak katikkan semacam dulu. Sekarang mereka kebanyakkannya berilmu, mempunyai minda yang luas dan berfikir secara rasional. Cuba tengok dalam PRU yang lalu dimana Barisan Nasional telah menyogok propaganda kepada rakyat melalui TV, Radio, Suratkhabar tetapi semuanya hampa. RTM tiap-tiap minit menunjukkan clip-clip kemerdekaan supaya rakyat memilih BN. Adakah mereka berjaya?
Sekarang ini UMNO mesti menjadi lebih terbuka. UNMO mesti meninggalkan amalan-amalan kunonya dan melangkah keluar ke abad yang baru ini. UMNO mesti berani dengan memberi parti-parti lain (PAS, PKR,DAP) untuk bersuara. Jangan takut UMNO kerana rakyat hari ini bukan akan percaya bulat-bulat pada apa yang orang perkatakan tetapi akan menyelidik lebih mendalam lagi apakah yang diperkatakan ini betul dan benar. Ingatlah tindak tanduk kelakuan dan keikhlasan kitalah yang akan diperhatikan dan itulah yang akan mendekatkan UMNO kembali kepada rakyat. UMNO yang lebih gentleman akan diperhatikan oleh rakyat sebagai sebuah parti yang telus, yang berjiwa rakyat. Ingatlah orang suka manusia yang baik, ramah dan perihatin tetapi yang busuk hati, tamak dan berhati kaldu akan dibenci oleh semua orang.

Thursday, May 1, 2008

PAK LAH YANG TIDAK TAHU MALU

Pak Lah seorang pemimpin Melayu yang tidak tahu malu dan tidak mempunyai maruah diri yang sanggup menerima cacian dan makian hanya kerana hendak menyelamatkan anak dan anak menantunya. Pak Lah tidak punya harga diri seperti arwah Tun Hussin Onn yang meletakkan jawatan selepas ditentang oleh Sulaiman Palastine. Walaupun menang arwah Tun Hussin Onn meletakkan jawatan kerana memandangkan ada unsur-unsur tidak percaya atas kepimpinannya walaupun seorang ahli UMNO. Dia tak sanggup melihat atau menjadi sebab perpecahan UMNO. Tetapi tidak Pak Lah... Pak Lah tak sanggup melepaskan jawatan walaupun jutaan ahli UMNO memintanya berbuat demikian. Pak Lah tak sanggup melihat anak dan anak menantunya kecundang di dunia. Pada Pak Lah apalah UMNO dibandingkan dengan keluarganya.
Sejarah akan berulang. Selalunya sesebuah kerajaan atau parti itu tidak dirobohkan oleh orang luar tetapi kebanyakannya adalah dari orang dalam sendiri dan UMNO akan terkubur disebabkan oleh Pak Lah. Tetapi apa nak buat ketua-ketua UMNO yang dihantar untuk kemesyuarat peringkat negara hanya tahu mengampu untuk harta dan pangkat walaupun ahli bawahan tidak suka kepada Pak Lah lagi. Hancurlah UMNO nampak nya begini. Seperti seorang manusia pertengahan umur UMNO hanya menunggu masa untuk dihantar kelubang kubur.